Salam Emas !!!
Bagi pelabur emas dan perak tentu anda semua tidak asing bagi hadis di bawah ini,
"Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
apa yang saya hendak highlight kat sini bukan lagi pasal emas dan perak, tapi pasal zaman...dalam hadis di atas diberitahu suatu zaman, zaman bila? di mana? dan bagaimana?
Bagi saya zaman tersebut telah pun tiba sekarang dan kita perlulah mengamalkan apa yang telah disarankan oleh baginda Nabi S.A.W.
Dengan berbondong-bondong umat manusia telah pun mula menyimpan, melabur dan menjadi usahawan emas dan perak, tidaklah menjadi satu perkara yang sukar bagi kita, tidak seperti 10 atau 15 tahun dahulu, perkembangan maklumat dan sumber amatlah terbatas. Kesedaran adalah yang paling penting dan usaha murni yang sebegini perlulah diambil manfaat terutama sekali oleh Umat Islam dalam usaha memartabatkan kembali kekuatan ekonomi ummah.
Amatlah rugi sekiranya anda masih lagi tidak melakukan sebarang usaha terhadap memperbaiki ekonomi sendiri dan juga menyertai kelompok yang mempraktikkan apa yang telah diberitahu.
Usaha yang berdikit-dikit secara berterusan patut diamalkan dalam menyimpan emas dan perak serta mengembalikan Sunnah Nabi S.A.W
Bak kata pepatah ' Sedikit- sedikit, Lama - lama menjadi bukit!'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk, sila e-emel ke mygoldsilver999@gmail.com atau hubungi 010 243 9004