Ahad, 11 Mac 2012

Emas dan Perak - Bagaimana Hendak Bermula?



Salam Emas!

Ramai bertanya saya, bagaimana hendak bermula dengan pelaburan emas dan perak dengan betul dan dapat memaksimumkan keuntungan?

Kat sini saya share kan beberapa petua/teknik yang betul sebelum memulakan pelaburan emas dan perak;

1. Mula membaca dan buat sedikit research...

Bacalah 1-2 buku dan sedikit tilikan di dalam ruangan sesawang berkaitan emas dan perak, terdapat banyak buku yang boleh diperolehi di kedai buku utama berkaitan emas perak sama ada hasil karangan penulis tempatan atau pun luar negara...laman sesawang pula seperti goldprice.org, kitco.com, goldandsilver.com serta beberapa lagi laman boleh dijadikan sumber rujukan berguna untuk anda yang baru hendak berjinak - jinak. Peruntukan sedikit wang untuk perkara ini boleh mengelakkan anda rugi beribu - ribu ringgit kelak akibat ditipu. Bak kata pepatah 'Menyesalan dulu pedapatan, menyesal kemudian tiada gunanya'!

2. Gunakan sebahagian peruntukan atau simpanan untuk pelaburan emas dan perak bukan semuanya...

Anda sepatutnya tidak menggunakan kesemua wang untuk pelaburan ini, kerana aliran tunai memang amat diperlukan sekiranya berlaku sebarang perkara kecemasan atau bala musibah yang tidak diundang.
Jangan terlampau tergopoh-gapah kerana ingin mengejar kekayaan.'Mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan!' Pelaburan emas dan perak bukanlah skim cepat kaya yang menjadikan anda kaya dalam sekelip mata...ianya memerlukan kesabaran dan dilakukan secara istiqomah/berterusan bagi melihat hasilnya.

3. Pilih produk emas dan perak yang betul...

Apakah matlamat anda dalam pelaburan emas perak ini? Bersifat penyimpanan, pelaburan atau menjadi usahawan?
Ciri-ciri ini penting kerana ianya mempengaruhi pola pemilikan emas dan perak anda. Produk yang ditawarkan pula ada pelbagai, sama ada dalam bentuk bar, syiling, dan barang kemas. Terpulang kepada anda dalam memilih jenis pelaburan manakah yang anda mahu. Dalam pelaburan emas dan perak fizikal ini, sekurang-kurangnya tempoh 1 tahun diperlukan dalam melihat hasilnya...

4. Beli emas dan perak yang tulen atau asli...
Mahal tidak semestinya bagus, dan murah tidak semestinya tidak elok...kebijaksanaan anda dalam memilih keluaran dan pengeluar yang memasarkan emas dan perak adalah penting. Mungkin pada suatu masa emas dan perak yang anda miliki ingin dijual kembali bagi mendapatkan keuntungan...di sini pengesahan terhadap mutu dan ketulenan emas amatlah penting...carilah pengeluar yang dipercayai, diyakini dari segi prestasi, dijamin mutunya dan dan yang paling penting mudah dijual kembali kepada sesiapa sahaja.

Semua perkara di atas adalah penting dalam memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas dan perak.

5. Rekod...

Bagi pelabur emas dan perak yang sentiasa ingin memaksimumkan keuntungan di dalam pelaburan, rekod terhadap pembelian dan penjual setiap emas dan perak perlulah direkodkan dengan sempurna dan tidak boleh diperlekehkan.

Pelabur yang hebat mendapat keuntungan yang tinggi bukan semasa menjual emas dan perak, tetapi semasa membeli!

Buatlah rekod terhadap pembelian emas dan perak anda, perbandingan antara harga setiap pengeluar, aliran tunai setiap bulan dan unjuran pelaburan emas dan perak anda bagi bulan - bulan seterusnya.

amalkan 5 perkara di atas dalam setiap pelaburan emas dan perak yang anda lakukan...InshaAllah saya mendoakan anda semua berjaya!!!

Hati-hati selalu, elakkan musibah, maksimumkan hibah (keuntungan)!

Hubungi 010 243 9004 untuk memiliki emas dan perak!



*artikel di atas adalah pandangan peribadi mygoldsilver999 dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya artikel ini disalahguna dalam pelaburan emas perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk, sila e-emel ke mygoldsilver999@gmail.com atau hubungi 010 243 9004

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...