Jumaat, 9 Mac 2012

Teori Emas Boleh Membiak?



Memahami konsep Memiliki Emas dengan Sistem Ar-Rahnu

Pernah fikir mcm mana nak beli emas sama mcm beli rumah, tanah, kondo atau aset - aset lain yang mampu menjana keuntungan? Fikir tak bahawa Emas juga merupakan aset? Emas bukan setakat barang perhiasan yang dipakai semata - mata. Ianya mampu menjana keuntungan sama seperti tanah dan rumah, malah lebih hebat lagi...

Sekiranya anda sudah berfikir bahawa emas itu aset, maka anda memang hebat...Gunakan kelebihan emas dan jangan hanya memberi golongan yang terlibat dalam perniagaan emas sahaja untung! Anda juga perlu untung!

Sama mcm rumah dan tanah, selepas beberapa ketika nilai aset tersebut akan meningkat dan akan gembira kerana aset anda telah memberikan hasil secara tidak langsung. Cuba kita gantikan kedudukan rumah dan tanah tadi dengan emas...Sama je kan?

Rumah dan tanah boleh dimiliki melalui pinjaman. Manakala emas tidak ada pihak yang mahu berikan pinjaman. Anda silap! Anda mungkin lupa bahawa pinjaman boleh dibuat untuk pembelian emas.

Bagaimana?
Sistem Ar Rahnu...konsep yang sama seperti meminjam untuk rumah dan tanah.

Mari anda fahami bagaimana ia dilakukan...

Pertama = Beli
ari anda fahami bagaimana ia dilakukan..Beli rumah dan tanah tak perlu bayar penuh, hanya bayar duit muka kepada developer atau owner tanah.
Kedua = Pinjam Daripada Bank

Bank bagi pinjam berdasarkan baki yang tinggal antara anda dan developer tadi.

Ketiga = Bayar Balik
Anda sekarang meminjam dengan bank, kerana bank telah membayar bagi pihak anda kepada developer/owner tanah tadi.  Anda perlu bayar balik kepada bank sama ada secara kaedah konvensional atau sistem perbankan islam.

Keempat = Semua Menjadi Milik Anda atau Jual Balik
Ada 2 pilihan di sini. Anda bayar sehingga selesai pinjaman tadi dan jual atau lihat kenaikkan harga rumah atau tanah tadi. Jika harganya meningkat tinggi, anda boleh jual awal sekiranya pinjaman tadi dapat dibayar penuh dan anda mendapat untung melalui lebihan tunai.

Konsep yang sama boleh ditiru dalam pembelian emas dengan menggunakan konsep Ar Rahnu. Ulang proses dari 1 hingga 4.

Ada banyak keistimewaan bagi emas dan cara pembeliannya bagi orang yang mahu jadi hebat dalam mengumpul aset;


1. Mula miliki emas dengan secara kecil - kecilan. Dengan serendah RM1000 dan selebihnya berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri. Kalau beli tanah dan rumah modal pasti lagi tinggi. 



2. Dengan cara Ar Rahnnu anda tak wajib bayar pinjaman pokok setiap bulan. Hanya wajib bayar upah simpan emas anda di bank setelah 6 bulan.


3. Dapat bonus dari kenaikkan harga emas dan boleh diambil bila - bila masa sekiranya harga emas melonjak! (bahagian ini saya rasa anda perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang tersembunyi).

4. Takde “locking period”, boleh bayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, jika selesai pinjaman awal di dalam tempoh “locking period”, anda tetap akan dikenakan penalti).

5. takde sebarang dokumen untuk semak kemampuan anda untuk meminjam. Hanya bawak I.C, tak sama macam beli rumah atau tanah. Selagi tak muflis, selagi itu anda layak 100% meminjam.

Kenape nak tunggu lagik? Harga emas memang saban hari akan meningkat lebih tinggi. Nak beli rumah atau tanah memerlukan modal yang tinggi. Anda berjimat sekarang serta bertangguh bagi membeli emas dan bayar lebih tinggi lagi pada masa hadapan!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk, sila e-emel ke mygoldsilver999@gmail.com atau hubungi 010 243 9004

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...