Kepada semua pelabur emas dan perak yang bijaksana!
Kalau anda semua perasan, kebanyakkan bank - bank sekarang telahpun memulakan kempen simpan wang dan menang jongkong emas, tukar kepada akaun emas dan pelbagai lagi kempen yang mana hadiah asasnya merupakan emas...pendek kata emas, emas dan emas....kebanyakkan emas yang ditawarkan nampak gayanya seperti emas fizikal - jongkong emas, loket emas dan syiling emas...mengapa begitu? Gayanya seperti bank telah menjadi seperti kedai emas...
Nampak gaya perkembangan pemilikan emas fizikal telah memberi satu impak positif kepada industri perbankan di negara kita. Dalam masa yang sama saya pasti anda yang bijaksana telah menyedari yang bank - bank di Malaysia telah pun menyediakan satu platform baharu yang dikenali sebagai
GIA ( Gold Investment Account) , pelaburan berdasarkan emas semasa.
Di bawah ini saya sertakan satu jadual perbandingan bagi akaun GIA mengikut bank - bank di Malaysia.
Bagi mereka yang ingin memilih pelaburan melalui GIA ini, saya menasihatkan anda memilih GIA yang berlandaskan syariah bagi mengelakkan terjadi satu dosa dan hasilnya kita memakan sumber yang haram... Setakat ini yang diketahui hanya KFH yang menyediakan akaun pelaburan berasaskan emas yang mematuhi syariah.
Mengapa pilih GIA?
1. Para pelabur tidak akan memegang emas fizikal, emas disimpan di bank dan pelabur hanya diberikan buku akaun yang menyatakan berat emas yang telah dibeli...benarkah anda telah mempunyai emas fizikal ataupun hanya sandaran oleh pihak bank? Siapa yang untung?
2. Pelaburan emas anda tidak dilindungi oleh PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia), sekiranya terjadi sesuatu kepada pelaburan emas anda, maka bye - bye lah jawapannya. Siapa yang untung?
3. Kadar kenaikan/keuntungan emas masih dikawal selia oleh bank tempat anda melabur...keuntungan tidak semaksimum emas fizikal...bank masih mengambil hak anda...siapa yang untung?
4. Sekiranya berlaku kecemasan dan anda memerlukan wang, maka anda akan menjual emas di dalam GIA, dan nilai jualan berdasarkan berat / gram, bukan jumlah wang yang anda kehendaki. Sekiranya terpaksa menjual kepada bank ketika harga belian masih rendah, siapa yang untung?
5. Sekiranya berlaku sebarang bala musibah seperti perang dan bencana alam, sempatkah anda berpusu - pusu ke bank untuk mengambil emas pelaburan anda? Tauke - tauke bank sudah lari keluar negara, siapa yang untung?
Fikir - fikirkan....
Saya menyarankan kepada anda yang bijaksana, berubahlah kepada penyimpanan emas fizikal seperti mana yang telah disarankan oleh pakar ekonomi dan pelaburan emas dunia & tempatan...seperti James Turk, Robert Kiyosaki, Mike Maloney, Jonathan Quek, Azizi Ali dan ramai lagi yang namanya tidak sempat saya tuliskan disini...
Jadilah seorang yang bijaksana dan juga bijaksini...
Selamat melabur dan hubungi 010 243 9004 bagi memiliki emas fizikal sekarang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk, sila e-emel ke mygoldsilver999@gmail.com atau hubungi 010 243 9004