"Hidup susah, mati pun susah"...Itulah kata - kata seorang apek penjual sayur dalam filem P.Ramlee, Sarjan Hassan.
Memang diketahui kancah hidup sekarang yang makin mencabar, memerlukan seseorang merancang ekonomi dengan betul dan teguh agar dapat melayari bahtera kehidupan yang penuh gelombang dengan jayanya...
Dalam ke arah itu, pelbagai cara dibuat baik daripada segi fizikal dan mental. Sehinggakan kita sanggup berhutang dalam memenuhi dan melengkapi keperluan. Baik dari segi pinjaman pelajaran, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pelbagai lagi jenis pinjaman...Hatta pinjaman ASB pun turut disediakan...
Tapi bagaimana dengan pinjaman membeli emas? Tidak dinafikan ada sesetengah pihak menyokong untuk meminjam bagi membeli emas, dan ada sesetengah pula membantah.
Bagi saya, tidak salah kalau kita meminjam bagi perkara kebaikan dan kebajikan. Kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan bagi orang bawahan kita.
Jika untuk kereta yang menjadi liabiliti serta susut nilainya setiap tahun sanggup berhabisan sehingga ratusan ribu ringgit...mengapa tidak dengan EMAS?
Emas yang mengalami kenaikan hampir 350% dalam masa 10 tahun memang menjanjikan pulangan yang baik. Sekiranya 10 tahun dulu saya membuat pinjaman sebanyak RM100k bagi membeli emas, sudah tentu nilai emas saya sudah pun bernilai RM350k jika dijual semula, mampu melangsaikan pinjaman terdahulu lebih awal dari tempoh yang dijangkakan...
Fikir - fikirkan...
*artikel ini hanyalah pandangan peribadi MGS999, pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap salah perkiraan yang terjadi sekiranya dijadikan sebagai rujukan.
Hotline MGS999
010 243 9004
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk, sila e-emel ke mygoldsilver999@gmail.com atau hubungi 010 243 9004